Sign In
 

Luasnya samudera dalamnya bumi,

Mendasari ilmu ke akar umbi,

Di dunia tanpa sempadan,

Kami berazam membina harapan

Berpegang kepada nilai yang murni,

Kemakmuran insan misi kami,

Hasil dituai benih disemai,

Laba dinikmati beramai-ramai,

Universiti Teknologi PETRONAS,

Setiap warganya cerdas dan tangkas,

Berilmu, beriman, berpandangan jauh,

Di bidang teknologi berdiri teguh,

Bersama ilmu, yakin dan jati diri,

Kami bertekad mencurah bakti,

Untuk dunia, untuk manusia,

Matlamat kami, sejahtera semua

Song: Manan Ngah

Lyrics: Habsah Hassan

Last updated: 14 November 2023 ​