| University Song |
|
|
|
|
Luasnya samudera dalamnya bumi Mendasari ilmu ke akar umbi Di dunia tanpa sempadan Kami berazam membina harapan Berpegang kepada nilai yang murni Kemakmuran insan misi kami Hasil dituai benih disemai Laba dinikmati beramai-ramai Universiti Teknologi PETRONAS Setiap warganya cerdas dan tangkas Berilmu, beriman, berpandangan jauh Dibidang teknologi berdiri teguh Bersama ilmu, yakin dan jati diri Kami bertekad mencurah bakti Untuk dunia, untuk manusia Matlamat kami, sejahtera semua Song : Manan Ngah Lyrics : Habsah Hassan |


