How To Apply for Local Student - Undergraduate Programme PDF Print E-mail

How to Apply

 

  • Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Pre-U dan Diploma (dan yang setaraf dengannya).

 

  • Permohonan mestilah dibuat secara “on-line” bermula 14 Februari 2011 sehingga 5 April 2011.  Sila muat turun dan fahami >PANDUAN MENGISI BORANG<  untuk memudahkan proses melengkapkan borang permohonan.

 

  • Setiap permohonan perlu disertakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat di kaunter CIMB ke akaun No: 0809-0004124-054 atas nama Universiti Teknologi PETRONAS.  

 

  • Borang Permohonan “on-line’ yang telah lengkap diisi dan dihantar secara “on-line” hendaklah pula dicetak dan seterusnya dihantar melalui pos atau serahan tangan ke Pejabat Registri, Universiti Teknologi PETRONAS di kaunter pejabat. Borang Permohonan tersebut perlu disertakan dengan dokumen yang berkaitan dan slip pembayaran yuran proses. 

 

  • Borang Permohonan, dokumen dan sijil-sijil boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Divisyen 1 / Pesuruhjaya Sumpah / Penghulu / Pengetua Sekolah SAHAJA.

 

  • Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar permohonan:

 

-

Borang Permohonan Asal (yang telah disahkan).
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang telah disahkan).
- Salinan Sijil Kelahiran pemohon dan Ibubapa atau penjaga (yang telah disahkan).
- Salinan Keputusan Peperiksaan SPM.

 

  • Keputusan kelayakan terkini seperti  STPM, Matrikulasi, Pra-U, A-Level, IB, Diploma dan sebagainya atau yang setaraf dengannya.  (Salinan keputusan peperiksaan yang disahkan hendaklah disertakan dari awal semester hingga semester terakhir).

 

- Salinan sijil-sijil Kokurikulum yang dinyatakan di dalam borang permohonan online (yang telah disahkan).
- Salinan slip CIMB bank yang telah disahkan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran yuran proses.

 

_________________________________________________________________________________________________

 

Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bersaiz A4 dan pada penjuru kiri atas sampul hendaklah ditulis maklumat berikut :

 

i) Nama Pemohon
ii) No. Kad Pengenalan dan
iii) Kelayakan Terkini

Contoh :
MOHD KAMIL
878787-11-1111
STPM

 

Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan dan sampai selewat-lewatnya pada 11 April 2011 ke alamat seperti berikut:

 

Unit Kemasukan

Pejabat Registri
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar
31750 Tronoh
Perak Darul Redzuan
(u.p: Encik Mohd Zulkarnain Zulkifli)

 

Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dipertimbangkan.


Sebarang pertanyaan mengenai permohonan, sila hubungi di talian:


05-368 8406/8153/8407/8156 (Isnin-Jumaat, 9.00 pagi – 4.30 petang)


SELAMAT MAJU JAYA!

 

Tarikh Tutup Permohonan : 05 April 2011

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

>PANDUAN MENGISI BORANG<
>BORANG PERMOHONAN<