PROGRAM SARJANA MUDA

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

A. Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Teknologi  Maklumat dan Komunikasi
  • Sistem Maklumat Perniagaan

Program Pra-Universiti atau lain-lain kelulusan yang setaraf dengannya;

  • A-level
  • Matrikulasi KPM -  PNGK (CGPA) 3.00/4.00
  • AUSMAT - 70%
  • International Baccalaureate - 30 unit

Sekurang-kurangnya memperolehi gred C dalam subjek Matematik, dan mana-mana tiga (3) subjek* yang berkaitan.
(*Fizik, Kimia, Komputer, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Akaun, Geografi dan Sejarah).

  • STPM
  • Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya PRINCIPAL C untuk subjek Matematik dan mana-mana tiga (3) subjek* yang berkenaan.  (*Fizik, Kimia, Komputer, Pengajjan Perniagaan, Ekonomi, Akaun, Geografi dan Sejarah).
  • LULUS subjek Pengajian Am.

Kelayakan tersebut di atas mestilah diperolehi dalam tempoh dua tahun dari tarikh permohonan.

  • Diploma
  • Diploma dalam pengajian Pengurusan, Perniagaan atau Teknologi Maklumat. 
  • Diploma  perlu mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00/4.00.

Syarat-syarat Tambahan

  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan keputusan peperiksaan akhir.
  • Pemohon perlu memperolehi sekurang-kurangnya Kredit dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya Tahap 3 bagi Malaysian University English Test (MUET).
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

B. Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)

  • Kejuruteraan Awam 
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Petroleum
  • Kejuruteraan Mekanikal

C. Sarjana Muda Teknologi (Kepujian)

  • Petroleum Geosains 

Program Pra-Universiti atau lain-lain kelulusan yang setaraf dengannya;

  • A-level
  • Matrikulasi KPM -  PNGK (CGPA) 3.00/4.00
  • AUSMAT - 70%
  • International Baccalaureate   - 30 unit

Sekurang-kurangnya memperolehi gred C dalam subjek Matematik, Fizik dan Kimia.

  • STPM
  • Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya PRINCIPAL C untuk subjek Matematik, Fizik dan Kimia.
  • LULUS subjek Pengajian Am.

Kelayakan tersebut di atas mestilah diperolehi dalam tempoh dua tahun dari tarikh permohonan.

  • Diploma
  • Diploma dalam pengajian Kejuruteraan yang berkaitan dengan program yang dipohon. 
  • Diploma  perlu mendapat pengiktirafan dari Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00/4.00.

Syarat-syarat Tambahan

  • Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan keputusan peperiksaan akhir.
  • Pemohon perlu memperolehi sekurang-kurangnya Kredit dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya Tahap 3 bagi Malaysian University English Test (MUET).
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

CARA-CARA MEMOHON

  • Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan Matrikulasi/Diploma/Kursus Pra-Universiti dan yang setaraf dengannya.
  • Hanya pemohon yang telah menamatkan pengajian dan telah menerima transkrip akademik rasmi layak memohon.
  • Permohonan mestilah dibuat secara “on-line” bermula 15 Mei 2010 sehingga 23 Mei 2010.  Sila muat turun dan fahami >>PANDUAN MENGISI BORANG  untuk memudahkan proses melengkapkan borang permohonan.
  • Setiap permohonan perlu disertakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat di kaunter CIMB ke akaun No : 0809-0004124-054 atas nama Universiti Teknologi PETRONAS.  
  • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak, disahkan dan seterusnya dihantar ke Pejabat Registri, Universiti Teknologi PETRONAS melalui pos atau melalui serahan tangan di kaunter pejabat. Borang Permohonan tersebut perlu disertakan dengan  dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
  • Borang Permohonan, dokumen dan sijil-sijil boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Divisyen 1 / Pesuruhjaya Sumpah / Penghulu / Pengetua Sekolah SAHAJA.
  • Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar permohonan :-
    • Borang Permohonan Asal (yang telah disahkan)
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (yang telah disahkan)
    • Salinan Sijil Kelahiran pemohon dan Ibubapa atau penjaga (yang telah disahkan)
    • Salinan Keputusan Peperiksaan SPM.
    • Salinan sijil-sijil Kokurikulum yang dinyatakan di dalam borang permohonan online (yang telah disahkan).
    • Keputusan kelayakan terkini seperti  STPM, Matrikulasi, *Pra-U, *A-Level, *IB, *Diploma dan sebagainya atau yang setaraf dengannya.  (Salinan keputusan peperiksaan yang disahkan hendaklah disertakan dari awal semester hingga semester terakhir)
    • Salinan slip CIMB bank yang telah disahkan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran yuran proses.

_________________________________________________________________________________________________
Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bersaiz A4 dan pada penjuru kiri atas sampul hendaklah ditulis maklumat berikut :

i) Nama Pemohon
ii) No. Kad Pengenalan dan
iii) Kelayakan Terkini
Contoh :
MOHD KAMIL
878787-11-1111
DIPLOMA

Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dihantar dan sampai ke alamat berikut selewat-lewatnya pada 25 May 2010. Sila hantar melalui pos atau serahan tangan ke alamat berikut :

Unit Kemasukan dan Pendaftaran,
Pejabat Registri
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar
31750 Tronoh
Perak Darul Redzuan
(u.p: Encik Mohd Zulkarnain Zulkifli)

Hanya pemohon yang berjaya akan dihubungi. Pengumuman bagi pemohon yang disenarai-pendek bagi mengikuti Program “Educamp” dan Sesi Penilaian / Temuduga. Keputusan pemilihan adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan, sila hubungi di talian:
05-368 8407/8156/8344/8153/8406  (Isnin-Jumaat, 9.00 pagi – 4.30 petang)

SELAMAT MAJU JAYA! 

Tarikh Tutup Permohonan : 23 May 2010
SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

>BORANG PERMOHONAN<

*For those OQ candidates who have applied for UTP Undergraduate July 2010 intake (via UTP on-line application which was opened from 11th – 19th March 2010) your application is still in process. Therefore, please do not re-apply.